Sumbangan Kepada Pusat Sumber Sekolah

Pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang telah memberikan sumbangan buku ataupun wang untuk menambah koleksi di perpustakaan sekolah. Semoga  sumbangan tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua warga sekolah dan pahala yang berpanjangan kepada para dermawan yang budiman. Terima kasih atas segala sokongan. Semoga semua aktiviti-aktiviti yang mendatang mendapat sambutan yang baik. Kepada sesiapa yang masih berminat untuk memberikan sumbangan buku, boleh berurusan dengan Cik Siti Zubaidah Binti Yusoh ataupun Puan Ayu Sarah Binti Abdullah. 


"BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA"